LaMaN PeNaJa

18 May 2008

Kaedah masukkan fail video 'Flash' pada MS PowerPoint

Oleh Zef Othman

PROGRAM MS PowerPoint adalah antara komponen menarik yang bertenaga ditawarkan dalam siri pakej Microsoft Office.

Ia bukan saja boleh digunakan bagi tujuan pembentangan atau persembahan tugasan ringkas, tetapi mampu menawarkan kualiti penyampaian akhir yang memberi kesan terhadap kerja profesional pengguna. Ia khusus dalam penggunaan fail klip video dalam slaid ringkas pada fail yang hendak dibentangkan.

Klip video bagi format ‘Flash’ sesuai untuk ditambahkan pada slaid berkenaan kerana saiznya yang lebih kecil.
Bagi tujuan itu, anda perlu memastikan sistem komputer peribadi (PC) turut dilengkapi pemain ‘Flash’. Proses itu boleh dimulakan dengan membuka slaid persembahan yang akan ditambah dengan klip video diingini.

Kemudian, klik pilihan ‘Toolbar’ daripada menu ‘view’, seterusnya anda perlu membuat pilihan pada ‘Control Toolbox’.

Pada segmen Control Toolbox berkenaan, klik ikon yang menyerupai penukul bagi membolehkan anda mengawal aktiviti itu dengan lebih berkesan.

Apabila proses itu selesai dilaksanakan, skrol objek yang diingini dan disusuli pemilihan objek bagi ‘Shockwave Flash’.

Dengan menggunakan penunjuk tetikus, lukis gambar berbentuk kotak dan tempatkan ia di ruangan yang anda mahu mainkan klip video ‘Flash’ berkenaan.

Klik pada bahagian kanan atas kotak yang sudah dilukis itu dan buat pilihan bagi senarai yang memaparkan segmen ‘Properties’.

Anda akan dapat melihat kotak dialog kecil apabila proses itu dilaksanakan kerana ia turut memaparkan pelbagai pilihan seterusnya.

Pada papan abjad, klik pilihan yang menampilkan fail ‘Movie’ dan taip destinasi fail lengkap bagi klip ‘Flash’ terbabit dalam ruangan kosong yang berhampiran dengan ‘Movie’. Seperti contoh, ‘d:\flash_nama fail yang diingini’.

Langkah seterusnya adalah untuk menetapkan komponen program itu dengan arahan ‘True’ bagi membolehkannya dimainkan atau bagi tujuan membuat tambahan objek lain.

Bagi memastikan proses itu dilakukan dengan berkesan, pastikan fail klip berkenaan dapat dimainkan bersama-sama dengan slaid anda.

Sebarang pertukaran dari segi ketetapan kualiti fail, kelebaran dan skala boleh dilakukan pada fail ‘Flash’ terbabit.
Akhir sekali, tutup fail berkenaan dan buka semula bagi proses percubaan dalam memastikan ia mampu beroperasi seperti diingini.

Sila Layari Laman Untuk Pendidik :
www.xmpsp.com

No comments:

Powered By Blogger